awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan, ribut badai timur laut AS

Bernama
Bernama
17/07/2023
07:37 MYT
Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan, ribut badai timur laut AS
Di New York, Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy menyaksikan 318 penerbangan dibatalkan dan 426 penerbangan ditangguhkan. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Lebih 1,500 penerbangan masuk dan keluar dari Amerika Syarikat (AS) dibatalkan setakat petang Ahad berikutan ribut melanda timur laut negara itu pada hujung minggu, lapor Xinhua.
Ribut petir dan hujan lebat telah menyebabkan gangguan penerbangan besar-besaran di lapangan terbang utama di New York dan New Jersey, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey mengalami pembatalan paling ketara, dengan 362 penerbangan dibatalkan manakala 337 lagi ditunda setakat petang Ahad, menurut laman sesawang penjejakan penerbangan FlightAware.
Di New York, Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy menyaksikan 318 penerbangan dibatalkan dan 426 penerbangan ditangguhkan. Di Lapangan Terbang LaGuardia, sebuah lagi lapangan terbang di bandar ini, jumlah penerbangan yang dibatalkan telah mencecah 270.
Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan turut ditutup akibat ribut petir pada petang Ahad. Data FlightAware menunjukkan hampir 260 penerbangan telah dibatalkan.
Sementara itu, di Timur Laut AS, lebih 56 juta orang berada di bawah pengawasan banjir ketika hujan lebat turun pada Ahad, menyebabkan banjir kilat dan bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian New York, New Jersey, Pennsylvania, Delaware dan Maryland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ribut
#penerbangan dibatalkan
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan