awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 rumah rosak akibat kejadian gempa Banten semalam

Bernama
Bernama
03/08/2019
05:15 MYT
Lebih 100 rumah rosak akibat kejadian gempa Banten semalam
Gempa bumi pukul 7.03 petang, berpusat di 147km barat daya Sumur-Banten itu turut menggegarkan kota Jakarta (gambar) yang terletak kira-kira 120km dari Banten. - Astro AWANI/Gambar fail
Lebih 100 buah rumah dilaporkan rosak teruk akibat kejadian gempa di Banten, Jawa Barat semalam.
Berdasarkan data sementara yang dikeluarkan Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia setakat pagi ini, 106 rumah kebanyakannya di Pandeglang dan Lebak, rosak teruk akibat gempa itu yang bermagnitud 7.4 Skala Richter.
Menurut kenyataan BNPB, seorang wanita berusia 48 tahun dikenali sebagai Rasinah, di Kecamatan Cigemblong, Banten, meninggal dunia akibat panik dan mengalami serangan jantung, manakala empat dilaporkan cedera.
Gempa bumi pukul 7.03 petang semalam yang berpusat di 147km barat daya Sumur-Banten itu turut menggegarkan kota Jakarta yang terletak kira-kira 120km dari Banten.
BACA: #GempaJakarta: Warga Jakarta kongsi situasi cemas
BACA: Penduduk di kawasan Banten, Indonesia diminta jauhi kawasan pantai
BACA: #GempaJakarta: Indonesia tarik balik amaran Tsunami
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) yang mengeluarkan amaran tsunami di Pandeglang, Lampung dan Sukabumi, turut menamatkan amaran itu pada pukul 9.35 malam tadi.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Pengurusan Bencana Nasional
#Banten
#BMKG
#BNPB
#gempa bumi
#Indonesia
#Jakarta
#jawa barat
#Kedutaan Besar Malaysia
#meninggal dunia
#rakyat Malaysia
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan