awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 123,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal - PBB

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2023
02:20 MYT
Lebih 123,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal - PBB
Kepulan asap dilihat susulan serangan udara tentera rejim Zionis ke atas Gaza. - Foto AP
GAZA: Lebih daripada 123,000 rakyat Palestin di Gaza hilang tempat tinggal dengan kira-kira 74,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ini susulan serangan udara tentera zionis Israel bertindak balas terhadap serangan pejuang Hamas pada Sabtu.
Seramai 2.3 juta penduduk menetap di Gaza, antara populasi penduduk tertinggi di dunia.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan lebih 400 orang terkorban akibat serangan Israel dengan lebih 2,000 lagi cedera.
Dalam perkembangan lain PBB memaklumkan loji jana kuasa di Gaza berkemungkinan akan kehabisan bahan api dalam masa beberapa hari lagi.
Ini akan menyebabkan bandar itu terputus bekalan elektrik dan memburukkan lagi keadaan di Gaza selain mengancam nyawa.
Pada Ahad, Israel memotong bekalan elektrik ke bandar itu susulan arahan daripada pejabat Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#Palestin
#hilang tempat tinggal
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan