awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 14,700 pelajar terbunuh sejak pencerobohan Israel bermula - Kementerian Pendidikan Palestin

Bernama
Bernama
30/04/2025
01:40 MYT
Lebih 14,700 pelajar terbunuh sejak pencerobohan Israel bermula - Kementerian Pendidikan Palestin
Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin melaporkan, 20 institusi pengajian tinggi mengalami kerosakan, dengan 60 bangunan universiti musnah sepenuhnya. - Gambar fail
RAMALLAH: Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin mendedahkan seramai 14,784 pelajar terbunuh manakala 24,766 lagi cedera sejak pencerobohan Israel di Gaza dan Tebing Barat bermula pada 7 Okt 2023, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, kementerian itu menjelaskan bahawa lebih 14,649 pelajar terbunuh di Gaza dan sekurang-kurangnya 23,936 lagi cedera.
Di Tebing Barat, seramai 135 pelajar terkorban dan 830 cedera, selain 724 pelajar telah ditahan.
Kementerian turut memaklumkan, seramai 880 guru dan kakitangan pentadbiran terbunuh, manakala sekitar 4,247 lagi cedera di Gaza dan Tebing Barat, termasuk lebih 193 kakitangan pendidikan turut ditahan di Tebing Barat.
Sebanyak 352 sekolah kerajaan mengalami kerosakan akibat serangan Israel, termasuk 111 yang musnah sepenuhnya.
Sebanyak 91 sekolah kerajaan dan 89 sekolah UNRWA juga dibom dan dirosakkan.
Kementerian turut melaporkan bahawa 20 institusi pengajian tinggi mengalami kerosakan, dengan 60 bangunan universiti musnah sepenuhnya.
Di Tebing Barat, sebanyak 146 sekolah dan lapan universiti diceroboh dan dirosakkan, manakala dinding beberapa sekolah di Jenin, Tulkarem dan Tubas turut dimusnahkan.
Pihak berkuasa Israel juga mengeluarkan amaran mengenai penutupan sekolah-sekolah UNRWA di Baitulmuqaddis pada 8 Mei ini.
Kementerian berkenaan menekankan bahawa seramai 788,000 pelajar di Gaza masih tidak dapat meneruskan pembelajaran di sekolah dan universiti sejak pencerobohan bermula, dengan ramai antara mereka mengalami trauma psikologi serta berdepan masalah kesihatan yang serius.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#perang Hamas-Israel
#pelajar terbunuh
#rakyat Palestin
#Israel serang Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan