awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 170 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak pagi Selasa

Bernama
Bernama
19/03/2025
16:07 MYT
Lebih 170 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak pagi Selasa
Lebih 170 kanak-kanak terbunuh semasa serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Lebih 170 kanak-kanak terbunuh semasa serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan di laman sesawang rasminya, OCHA memaklumkan bahawa pada Rabu, jumlah keseluruhan orang awam yang terkorban akibat serangan itu melebihi 400, termasuk lebih 170 kanak-kanak dan 80 wanita.
Pasukan penyelamat dan paramedik dilaporkan tidak dapat mengakses ramai mangsa akibat kekurangan peralatan, bahan api dan jentera berat.
OCHA turut menyatakan bahawa hanya empat hospital medan beroperasi sepenuhnya di kawasan itu manakala 22 hospital dan enam hospital medan beroperasi secara separa.
Sebanyak 13 hospital dan empat hospital medan telah berhenti beroperasi sepenuhnya kerana kemusnahan serta kekurangan kakitangan perubatan dan ubat-ubatan.
Pejabat itu turut memetik kenyataan Pengarah Hospital Al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya yang menyifatkan situasi semasa sebagai "malapetaka" dengan pihaknya menerima ramai mangsa.
Agensi itu memberi amaran bahawa lebih sejuta penduduk di Gaza berdepan kekurangan makanan yang teruk sekiranya penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan tidak disambung semula. Mereka juga berisiko tidak menerima catuan makanan pada Mac jika penghantaran ke Gaza tidak diteruskan.
Bekalan makanan yang ada di Semenanjung Gaza semakin berkurangan dengan cepat, dan bagi menangani situasi itu, rakan kongsi PBB terpaksa mengurangkan secara drastik bantuan makanan, menggantung pengagihan tepung dan makanan segar, serta mengurangkan kuantiti hidangan panas di dapur awam.
OCHA turut memberi amaran bahawa jika keadaan itu berterusan, sekurang-kurangnya 80 daripada 170 dapur awam di Gaza akan terpaksa ditutup dalam masa satu atau dua minggu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kanak-kanak Palestin
#Terbunuh
#serangan Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan