Skip to main content

Dunia

Lebih 180 aktivis ditahan dalam serangan Israel ke atas flotila bantuan Gaza - Penganjur

Rakaman CCTV menunjukkan anggota flotila yang belayar dari pelabuhan Barcelona mengangkat tangan ketika kapal tersebut dikatakan dipintas tentera Israel, di lokasi yang dinyatakan sebagai di laut berhampiran pantai Greece, 30 April 2026. REUTERS

Advertisement

Advertisement

ISTANBUL: Tentera Israel menyerang flotila bantuan yang menuju ke Semenanjung Gaza dan menahan lebih 180 aktivis di perairan antarabangsa, kira-kira 500 batu nautika (926 kilometer) dari wilayah Palestin, menurut ketua jawatankuasa yang menganjurkan pelayaran itu pada Khamis.

“Flotila Kebebasan dan Global Sumud menjadi sasaran satu tindakan lanun sepenuhnya oleh tentera entiti Zionis di laut terbuka, di perairan antarabangsa dan pada jarak 500 batu nautika dari wilayah Palestin yang diduduki serta dari Semenanjung Gaza,” kata Youssef Ajisa kepada Anadolu Ajansi (AA).

Beliau menuduh Israel melancarkan serbuan pada waktu malam “bagi menutup liputan media terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.”

Advertisement

“Lebih 180 aktivis ditahan dan dibawa ke pelabuhan Ashdod di wilayah yang diduduki,” katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement