awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari

Bernama
Bernama
08/02/2025
10:31 MYT
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Sejak pelaksanaan Pelan Penghantaran Pulang Warga Asing Tanpa Izin oleh Kerajaan Pakistan, lebih 825,600 rakyat Afghanistan telah kembali ke negara mereka. - AP
KABUL: Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Menurut laporan itu, seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini. Daripada jumlah itu, kira-kira 1,000 individu yang tidak memiliki dokumen sah telah dihantar pulang selepas ditahan di Islamabad dan Rawalpindi, Pakistan.
Sejak pelaksanaan Pelan Penghantaran Pulang Warga Asing Tanpa Izin oleh Kerajaan Pakistan, lebih 825,600 rakyat Afghanistan telah kembali ke negara mereka, sejak 15 Sept 2023.
Kerajaan sementara Afghanistan terus menggesa migran Afghanistan di luar negara supaya pulang dan menyumbang kepada usaha membangunkan semula negara yang terjejas akibat peperangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#rakyat pulang
#pelarian Afghanistan
#peperangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan