awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah

Bernama
Bernama
12/06/2024
04:30 MYT
Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
EU menyeru akses kemanusiaan yang berterusan, tanpa halangan dan selamat. - Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir, menurut kenyataan Direktorat Jeneral Kesatuan Eropah untuk Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan pada Selasa.
"Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial sedang menunggu di Mesir, bersedia untuk masuk ke Gaza.
"Susulan operasi ketenteraan yang ketat, lintasan Rafah kekal ditutup. EU menyeru akses kemanusiaan yang berterusan, tanpa halangan dan selamat," menurut kenyataan itu yang disiarkan di platform X.
Lintasan itu ditutup sejak tentera Israel melancarkan operasi di bandar selatan Rafah pada 6 Mei, lapor Agensi Anadolu.
More than 2,000 trucks carrying humanitarian aid and commercial goods are waiting in Egypt, ready to enter Gaza. Due to intense military operations, the Rafah crossing remains closed. The EU advocates for sustained, unimpeded, and safe humanitarian access. pic.twitter.com/I1EPHr38Td
— EU Civil Protection & Humanitarian Aid (@eu_echo) June 11, 2024
Perang yang bermula Oktober lalu telah menyebabkan lebih 37,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala ramai orang awam cedera.
Israel juga memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza dan mengenakan sekatan terhadap wilayah itu, menyebabkan lebih dua juta penduduk di ambang kebuluran.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dengan keputusan terbarunya memerintahkan Tel Aviv menghentikan segera operasinya di Rafah.
ICJ juga meminta Israel mengekalkan pembukaan lintasan Rafah bagi menyalurkan perkhidmatan asas yang sangat diperlukan dan bantuan kemanusiaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#terkandas
#Rafah
#Palestin
#Israel
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan