awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 200 terbunuh dalam serangan terancang Daish

Agensi
Agensi
26/07/2018
08:39 MYT
Lebih 200 terbunuh dalam serangan terancang Daish
Antara kesan kerosakan di sebuah kawasan pasar di Sweida setelah diserang kumpulan militan Daish. - Reuters
Militan Daish membunuh lebih daripada 200 orang dalam satu serangan terancang di kawasan yang dikawal pihak pemerintah di barat daya Syria pada Rabu.
Kejadian yang disahkan pegawai rasmi dan pihak pemantau peperangan itu disifatkan sebagai antara serangan terbesar militan berkenaan, lapor Reuters.
Kumpulan penyerang telah menyerbu beberapa buah kampung secara serentak di bandar Sweida dan turut melibatkan tindakan nekad pengebom bunuh diri.
Ketua pihak berkuasa tempatan di Sweida memberitahu mepada media, sejumlah 215 orang terkorban manakala 180 lagi cedera dalam serangan tersebut. Angka tersebut turut melibatkan 75 anggota Daish.
Badan pemantau hak asasi manusia Syria mendedahkan, kumpulan penyerang telah membunuh lebih 200 orang yang kebanyakannya orang awam.
Di bandar Sweida yang menjadi ibu kota bagi wilayah barat daya itu, sekurang-kurangnya dua penyerang meletupkan diri mereka termasuk di kawasan pasar yang menjadi tumpuan orang ramai.
Beberapa orang awam juga telah dijadikan tebusan.
Gabenor Sweida, Amer al-Eshi berkata, pihak berkuasa berjaya menangkap seorang penyerang dan mendakwa bandar itu sekarang kembali dalam keadaan terkawal.
Topic Berkaitan
#daish
#jenayah perang
#militan
#orang awam
#pemberontak
#pengebom bunuh diri
#sweida
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan