Skip to main content

Dunia

Lebih 2.3 juta beri penghormatan terakhir kepada Ayatollah Ali Khamenei di Najaf

PMF atau Hashd al-Shaabi dalam satu kenyataan berkata jumlah kehadiran ahli keluarga, penyokong dan orang awam dijangka terus bertambah. -Foto Reuters
PMF atau Hashd al-Shaabi dalam satu kenyataan berkata jumlah kehadiran ahli keluarga, penyokong dan orang awam dijangka terus bertambah. -Foto Reuters

Advertisement

NAJAF: Lebih 2.3 juta orang dilapor membanjiri kota suci Najaf di Iraq pada Rabu bagi menyertai perarakan jenazah dan memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Pemimpin Agung Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei.

Pasukan Mobilisasi Popular Iraq (PMF) atau Hashd al-Shaabi dalam satu kenyataan berkata jumlah kehadiran ahli keluarga, penyokong dan orang awam dijangka terus bertambah.

Agensi berita rasmi Iran, IRIB, yang memetik kenyataan PMF melaporkan kehadiran luar biasa itu melibatkan orang ramai dari pelbagai wilayah di Iraq.

Jenazah Allahyarham Khamenei sebelum ini dibawa ke Najaf sebagai sebahagian daripada siri upacara pengebumian rasmi yang berlangsung di beberapa lokasi di Iran dan Iraq.

Selain Najaf, majlis penghormatan turut diadakan di beberapa lokasi lain termasuk Qom dan Karbala bagi membolehkan pemimpin serta orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Mengikut perancangan yang diumumkan pihak berkuasa Iran, jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Mashhad untuk dikebumikan di Kompleks Makam Imam Reza.

 

Must Watch Video

Advertisement