DUNIA
Lebih 25 juta perjalanan China-ASEAN direkodkan dalam 8 bulan

Dari Januari hingga Ogos 2025, negara ASEAN merekodkan lebih 14.5 juta kemasukan oleh individu dari tanah besar China. - Gambar hiasan
BEIJING: Jumlah perjalanan antara tanah besar China dan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) melebihi 25.24 juta dalam tempoh lapan bulan pertama 2025, meningkat 11.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China yang dikeluarkan pada Rabu.
Dari Januari hingga Ogos 2025, negara ASEAN merekodkan lebih 14.5 juta kemasukan oleh individu dari tanah besar China, meningkat 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Xinhua memetik data tersebut.
Dalam tempoh sama, perjalanan masuk dari negara ASEAN ke tanah besar China meningkat 27.5 peratus, melebihi 10 juta ketibaan, dengan majoritinya memasuki China tanpa visa.
Menurut NIA, pihaknya akan terus memperkenalkan dasar bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan, menggalakkan pertukaran antara China dan negara ASEAN, memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau, serta secara berterusan menyuntik daya baharu kepada pembangunan sosioekonomi rantau ini.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami