awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mumia tertua dunia ditemukan di Asia Tenggara - Kajian

Bernama
Bernama
17/09/2025
15:30 MYT
Mumia tertua dunia ditemukan di Asia Tenggara - Kajian
Sisa rangka yang ditemukan di China, Vietnam dan Indonesia didapati terawet akibat pendedahan berpanjangan kepada haba yang rendah. - Gambar GLi Zhen and Hirofumi Matsumuravia
ISTANBUL: Sekumpulan saintis menemukan apa yang dipercayai sebagai mumia tertua di dunia di Asia Tenggara, dengan usia dianggarkan mencecah 12,000 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS).
Kajian itu menyatakan para penyelidik menemukan rangka manusia yang dikebumikan dalam posisi mencangkung atau duduk, sebahagiannya mempunyai kesan potongan dan kesan terbakar, di tapak arkeologi di China dan Vietnam, manakala penemuan lebih kecil direkodkan di Filipina, Laos, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Sisa rangka yang ditemukan di China, Vietnam dan Indonesia didapati terawet akibat pendedahan berpanjangan kepada haba yang rendah, meskipun tiada tanda jelas yang biasanya dikaitkan dengan proses mumifikasi.
Analisis lanjut terhadap tulang menunjukkan mayat kemungkinan besar didedahkan kepada haba, menandakan komuniti di rantau ini mengawet dan mengeringkan jasad menggunakan asap dan api.
"Beberapa sampel arkeologi yang dianalisis mewakili contoh tertua proses mumifikasi buatan manusia yang diketahui di dunia," menurut laporan kajian itu.
Kajian itu menggunakan pelbagai teknik, termasuk pembelauan sinar-X untuk mengenal pasti komposisi mineral serta spektroskopi inframerah transformasi Fourier bagi menganalisis ikatan kimia, ke atas 54 pengebumian pra-Neolitik dari 11 tapak arkeologi di Asia Tenggara.
Walaupun mumia Mesir paling terkenal, antara mumia tertua yang diketahui sebelum ini dihasilkan kira-kira 7,000 tahun lalu oleh masyarakat Chinchorro, iaitu komuniti nelayan yang tinggal di kawasan yang kini dikenali sebagai Peru dan Chile.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#mumia
#sinar-X
#ikatan kimia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan