DUNIA
Lebih 400 artis seluruh dunia sertai boikot "No Music for Genocide" sasar Israel

Inisiatif itu dilancarkan dengan slogan "No Music for Genocide", menyeru para artis menarik keluar karya mereka dari platform Israel sebagai bentuk protes. - Gambar fail/ AP
BAITULMAQDIS / ISTANBUL: Lebih 400 penyanyi dan artis dari seluruh dunia menyertai boikot budaya yang bertujuan menarik karya muzik mereka daripada platform penstriman digital Israel sebagai protes terhadap genosid berterusan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Lebih 400 penyanyi dan artis antarabangsa menyertai boikot budaya terhadap Israel dengan menarik karya muzik mereka daripada platform penstriman digital Israel sebagai protes terhadap genosid berterusan di Gaza, di bawah kempen "No Music for Genocide".
- Antara artis yang menyertai termasuk Massive Attack, Primal Scream, Japanese Breakfast, Carole King, Rina Sawayama dan MO, dengan kempen bertujuan memberi tekanan kepada syarikat rakaman utama agar mengambil tindakan serupa seperti semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
- Boikot ini merupakan sebahagian daripada gelombang protes budaya, sukan dan seni global terhadap serangan Israel yang telah menyebabkan lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Antara yang menandatangani termasuk kumpulan terkenal Britain Massive Attack, kumpulan Scotland Primal Scream, band indie Amerika Syarikat Japanese Breakfast, penyanyi-penulis lagu AS Carole King, bintang pop Jepun Rina Sawayama, serta seniman Denmark MO.
Dalam kenyataan, penganjur kempen berkata boikot itu bertujuan memberi tekanan kepada syarikat rakaman utama - termasuk Sony, Universal dan Warner - supaya mengikut langkah yang pernah diambil selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dengan mengenakan tindakan serupa terhadap Israel.
"Budaya tidak dapat menghentikan bom dengan sendirinya. Tetapi ia boleh menolak penindasan politik, mengubah pendapat umum ke arah keadilan, dan menolak usaha "art-washing" serta normalisasi oleh mana-mana syarikat atau negara yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan," menurut kenyataan itu.
Boikot tersebut adalah sebahagian daripada gelombang protes budaya, sukan dan seni di seluruh dunia terhadap serangan berterusan Israel di Gaza.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami