awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 4,700 remaja bawah umur terlibat judi dalam talian - Polis Korea Selatan

Bernama
Bernama
10/11/2024
20:15 MYT
Lebih 4,700 remaja bawah umur terlibat judi dalam talian - Polis Korea Selatan
Agensi Polis Kebangsaan Korea mendedahkan, mereka mengenal pasti lebih 4,700 remaja terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian sepanjang tahun lalu. - Gambar hiasan
SEOUL: Agensi Polis Kebangsaan Korea mendedahkan pada Ahad, mereka mengenal pasti lebih 4,700 remaja terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian sepanjang tahun lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut Agensi Polis Kebangsaan, seramai 4,715 individu di bawah umur 19 tahun dikesan semasa operasi khas membanteras perjudian haram dalam talian yang dilaksanakan dari September 2023 hingga Oktober tahun ini. Tiada tangkapan dibuat terhadap remaja terbabit.
Jumlah itu merangkumi 47.2 peratus daripada semua kumpulan umur yang terlibat dalam operasi itu.
Polis sebelum ini memberi tumpuan kepada pengendali perjudian haram dan kaki judi tegar atau berisiko tinggi, namun skop kempen diperluaskan tahun lalu susulan peningkatan masalah perjudian dalam kalangan remaja.
Golongan remaja bawah umur melonjak sebanyak 2,784 peratus daripada hanya 162 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.
Golongan remaja 17 tahun mencatat bilangan tertinggi, iaitu 1,763 orang, diikuti remaja berusia 16 tahun (1,241 orang) dan 15 tahun (560 orang).
Permainan kasino dalam talian merupakan bentuk perjudian paling popular dalam kalangan golongan ini yang merangkumi 82.6 peratus daripada keseluruhan kes.
Jumlah keseluruhan pertaruhan mencecah 3.7 bilion won (AS$2.64 juta), dengan purata pertaruhan 780,000 won seorang.
Daripada 4,715 kes, 1,733 dirujuk kepada perkhidmatan kaunseling profesional, menurut pihak polis.
Agensi itu turut memaklumkan bahawa operasi khas akan dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi memandangkan perjudian haram dalam kalangan remaja masih menunjukkan trend yang membimbangkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#judi dalam talian
#remaja bawah umur
#kaki judi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan