Skip to main content

Dunia

Lebih 50,000 keluarga terjejas akibat musim kemarau landa Sri Lanka

51692286417_TBsrilanka.jpg
COLOMBO: Lebih 50,000 keluarga di lapan wilayah di Sri Lanka terjejas akibat musim kemarau yang melanda negara, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menerusi laporan situasi terkini pada Khamis.

Lebih 180,000 orang daripada keluarga berkenaan berdepan kesukaran memperoleh bekalan air untuk diminum, manakala wilayah utara dan timur paling teruk terjejas, Xinhua memetik laporan DMC.

Sebelum ini, Menteri Pertanian Mahinda Amaraweera berkata 37,000 ekar sawah telah musnah. Pihak pertanian sedang menilai kerosakan dan pampasan yang perlu dibayar kepada petani.

Menurut Jabatan Meteorologi Sri Lanka, cuaca panas dijangka berterusan sehingga akhir September.

-- BERNAMA

Must Watch Video