awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Tahap kesihatan PM Anwar memberangsangkan, boleh jalani tugas rasmi - Pengarah HSIS
Polis tahan lelaki pukul kanak-kanak guna rotan di Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 540 kanak-kanak maut secara purata setiap bulan di Gaza - PBB

Bernama
Bernama
19/08/2025
23:50 MYT
Lebih 540 kanak-kanak maut secara purata setiap bulan di Gaza - PBB
Di Gaza, sekolah-sekolah UNRWA menjadi tempat perlindungan bagi ratusan ribu orang. Orang ramai mencari perlindungan di bawah bendera PBB, namun tempat ini akhirnya menjadi lokasi kematian, kata UNRWA. - Gambar hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Lebih 540 kanak-kanak menjadi korban secara purata setiap bulan di Gaza sejak serangan Israel disambung semula pada Mac lepas, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa.
Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran bahawa tempat perlindungannya telah bertukar menjadi "tempat kematian" bagi orang awam, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Di Gaza, sekolah-sekolah UNRWA telah menjadi tempat perlindungan bagi ratusan ribu orang. Orang ramai mencari perlindungan di bawah bendera PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), namun tempat ini akhirnya menjadi lokasi kematian, termasuk bagi terlalu ramai kanak-kanak," kata UNRWA dalam kenyataan di platform media sosial X.
"Kini tiada tempat yang selamat untuk kanak-kanak di Gaza," katanya lagi sambil menuntut gencatan senjata segera.
Agensi-agensi PBB memberi amaran mengenai kesan dahsyat kempen ketenteraan berterusan Israel terhadap kanak-kanak Gaza, apabila sekolah, hospital dan rumah dibedil tanpa henti.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, kebuluran telah meragut sekurang-kurangnya 266 nyawa rakyat Palestin, termasuk 112 kanak-kanak sejak Oktober 2023, berikutan sekatan semakin ketat dan kekurangan bantuan yang akut.
Israel telah membunuh lebih 62,000 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNRWA
#Gaza
#UNICEF
#tempat perlindungan
#kanak-kanak maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan