awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
Penubuhan Ombudsman bakal perkukuh tadbir urus, skor CPI negara - Pengerusi EAIC
Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 54,600 kanak-kanak derita kekurangan zat makanan akut di Gaza

Bernama
Bernama
09/10/2025
06:40 MYT
Lebih 54,600 kanak-kanak derita kekurangan zat makanan akut di Gaza
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet itu menganggarkan lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan akut, termasuk lebih 12,800 kes yang teruk. - Gambar fail/ Reuters
TEL AVIV: Lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza dilaporkan menderita kekurangan zat makanan akut, menurut anggaran kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan akut, termasuk lebih 12,800 kes teruk, menurut kajian UNRWA yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet.
  • Kajian menunjukkan kadar kekurangan zat makanan meningkat akibat sekatan bantuan oleh pihak berkuasa Israel, dengan lonjakan kepada hampir 16 peratus pada Ogos 2025 selepas penurunan semasa gencatan senjata.
  • UNRWA menyatakan keadaan ini berpunca daripada kemusnahan infrastruktur, pemindahan berulang dan kekurangan bantuan kemanusiaan, serta menyeru gencatan senjata dan keamanan berkekalan untuk menghentikan penderitaan kanak-kanak.

Dari Januari 2024 hingga pertengahan Ogos 2025, petugas kesihatan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) telah memeriksa hampir 220,000 kanak-kanak bagi mengesan kekurangan zat makanan.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet itu menganggarkan lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza mengalami kekurangan zat makanan akut, termasuk lebih 12,800 kes yang teruk.
Pengarah Jabatan Kesihatan UNRWA merangkap penulis utama kajian itu, Akihiro Seita, berkata sejak 7 Okt 2023, infrastruktur Gaza telah musnah, penduduknya berulang kali dipindahkan dan bantuan kemanusiaan sangat terhad.
"Puluhan ribu kanak-kanak kecil di Semenanjung Gaza sedang menderita akibat kekurangan zat makanan, penyakit dan peningkatan risiko kematian yang sebenarnya boleh dicegah, berpunca daripada serangan yang berterusan," katanya.
"Tanpa gencatan senjata dan keamanan yang berkekalan, penderitaan manusia ini akan berterusan."
Sepanjang tempoh pemantauan selama 20 bulan itu, penghantaran makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan ke Semenanjung Gaza berada di bawah paras sebelum konflik disebabkan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel terhadap kemasukan bantuan, menurut UNRWA.
Apabila bekalan lebih mudah diperoleh, peratusan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan akut adalah sekitar enam peratus. Kadar itu melonjak kepada 14 peratus pada Januari 2025 berikutan sekatan bantuan selama empat bulan.
Gencatan senjata selama enam minggu menyaksikan kadar itu menurun semula kepada enam peratus menjelang Mac 2025, menurut kajian itu.
Bagaimanapun, kadar kekurangan zat makanan akut melonjak semula baru-baru ini, mencecah hampir 16 peratus pada pertengahan Ogos.
UNRWA menjelaskan bahawa susut badan atau kekurangan zat makanan akut ialah keadaan yang mengancam nyawa, ditakrifkan apabila seorang kanak-kanak terlalu kurus berbanding ketinggiannya, menunjukkan kehilangan berat badan secara mendadak serta kekurangan tenaga, protein dan nutrien penting lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#UNRWA
#Kanak-kanak
#kurang zat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan