Lebih 6,500 anak penyu Taricaya dilepaskan di Amazon Peru

Lebih 6,500 anak penyu spesies taricaya telah dilepaskan ke lembangan Sungai Callería dan kawasan komuniti sekitar di Amazon Peru pada Selasa. - Foto REUTERS
UCAYALI: Lebih 6,500 anak penyu spesies taricaya telah dilepaskan ke lembangan Sungai Callería dan kawasan komuniti sekitar di Amazon Peru pada Selasa.
Pelepasan tersebut berlangsung di dalam Taman Negara Sierra del Divisor itu juga merupakan salah satu usaha memulihkan populasi spesies air tawar yang terancam itu.
Spesies penyu taricaya yang turut dikenali sebagai penyu sungai berbintik kuning, merupakan spesies asli Lembangan Amazon dan kini diklasifikasikan sebagai “Rentan” oleh Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Inisiatif ini diketuai oleh Perkhidmatan Kawasan Semula Jadi Terlindung Negara Peru (SERNANP), dengan sokongan pihak berkuasa perhutanan wilayah, sekolah tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta rakan antarabangsa.
Sejak Julai lalu, pasukan pemuliharaan telah mengumpul dan memindahkan telur penyu ke pantai semula jadi dan buatan bagi melindunginya daripada aktiviti pengambilan haram.
Sementara itu, di beberapa komuniti, penduduk telah membina tapak penetasan buatan yang membolehkan lebih 2,000 anak penyu dilepaskan ke habitat asal mereka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


