awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 60,000 sertai protes di Greece susulan nahas kereta api

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
00:45 MYT
Lebih 60,000 sertai protes di Greece susulan nahas kereta api
Puluhan ribu penduduk mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan besar-besaran susulan nahas kereta api di Thessaloniki, Greece. - Foto REUTERS
ATHENS: Puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalan raya di Greece disertai para pekerja yang melancarkan mogok susulan nahas kereta api yang mengorbankan 57 nyawa itu minggu lalu.
Nahas itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap rangkaian kereta api yang tidak kondusif.
Pekerja mendakwa, rangkaian perkhidmatan kereta api berdepan pengabaian, kekurangan pelaburan dan kekurangan kakitangan selama bertahun-tahun.
Protes jalanan itu yang terbesar dihadapi kerajaan sejak menang pilihan raya pada 2019.
Polis menganggarkan lebih 60,000 orang antaranya pekerja pengangkutan, pelajar dan guru mengambil bahagian dalam demonstrasi di bandar-bandar di seluruh Greece.
Keganasan tercetus seketika apabila sekumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
Penunjuk perasaan melontar bom petrol di hadapan parlimen dan membakar sebuah van dan tong sampah.
Beribu-ribu juga turun ke jalan raya di bandar kedua terbesar di Greece, Thessaloniki.
Kejadian itu melibatkan pertembungan kereta api penumpang dengan kereta api kargo.
Kira-kira 350 penumpang menaiki kereta api terbabit, termasuk kumpulan pelajar universiti menuju ke utara ke Thessaloniki dari Athens.
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#nahas kereta api
#mogok pekerja
#polis rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan