awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 62 juta rakyat Amerika undi awal menjelang pilihan raya

Bernama
Bernama
01/11/2024
04:16 MYT
Lebih 62 juta rakyat Amerika undi awal menjelang pilihan raya
Dengan hanya kurang seminggu sebelum pilihan raya pada 5 Nov, tinjauan menunjukkan Naib Presiden Kamala Harris dan pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump bersaing sengit. - Foto Reuters
WASHINGTON: Lebih 62 juta rakyat Amerika mengundi awal dengan lima hari lagi menjelang Pilihan Raya, menurut data yang diterbitkan pada Khamis.
Data daripada penjejak Election Lab Universiti Florida menunjukkan seramai 62,725,685 orang mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi.
Tidak seperti 2020, ketika AS berada di tengah-tengah pandemik COVID-19, lebih ramai pengundi memilih untuk mengundi secara fizikal berbanding melalui pos pada pilihan raya presiden kali ini.
Dengan hanya kurang seminggu sebelum pilihan raya pada 5 Nov, tinjauan menunjukkan Naib Presiden Kamala Harris dan pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump bersaing sengit, terutamanya di tujuh negeri utama.
Harris mendahului tipis di Wisconsin dan Michigan masing-masing dengan 0.2 peratus dan 0.4 peratus, menurut kompilasi tinjauan oleh laman sesawang RealClearPolitics.
Trump terus mendahului di Arizona, Nevada, Pennsylvania, North Carolina, dan Georgia.
Bagaimanapun, kelebihannya hanya pada atau di bawah satu peratus di Nevada, Pennsylvania, dan North Carolina.
Trump memperoleh kelebihan yang lebih besar di Arizona (+2.4 peratus) dan Georgia (+2.7 peratus).
Negeri-negeri penentu adalah penting kerana AS tidak memilih presidennya secara langsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya presiden
#Amerika Syarikat
#undi awal
#Donald Trump
#Kamala Harris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan