awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2025
04:51 MYT
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Lebih 7,000 pelancong Malaysia guna perkhidmatan Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) Whoosh semasa cuti Nataru 2025/2026, menyumbang 53 peratus daripada 13,000 penumpang antarabangsa, menurut kenyataan syarikat. -Gambar fail/Facebook
JAKARTA: Lebih 7,000 pelancong Malaysia direkodkan menggunakan perkhidmatan Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) Whoosh sepanjang tempoh cuti sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu (Nataru) 2025/2026, menurut kenyataan rasmi syarikat itu.

Ringkasan AI
  • Lebih 7,000 pelancong Malaysia gunakan perkhidmatan Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) Whoosh semasa cuti Nataru 2025/2026, menyumbang 53 peratus daripada 13,000 penumpang antarabangsa, menurut kenyataan syarikat.
  • Penggunaan Whoosh oleh pelancong Malaysia menunjukkan ia bukan sekadar pengangkutan, tetapi turut jadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan yang menarik minat pelancong asing, khususnya dari Malaysia.
  • KCIC catatkan 225,000 tiket terjual sepanjang tempoh cuti Nataru, dengan peningkatan purata harian 20-30 peratus berbanding hari biasa, sementara jualan tiket pada 26 dan 27 Disember mencecah 21,000 dan dijangka melebihi 22,000 pengunjung.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengurus Besar Corporate Secretary KCIC, Eva Chairunisa, berkata sejak 18 Disember lalu, pelancong Malaysia menyumbang 53 peratus daripada keseluruhan 13,000 penumpang antarabangsa yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Setiap hari, antara 750 hingga 1,000 pelancong Malaysia menaiki Whoosh dari Jakarta ke Bandung dan destinasi pelancongan lain di Jawa Barat seperti Lembang dan Ciwidey,” katanya dalam kenyataan yang dipetik oleh CNBC Indonesia.
Beliau menambah, trend ini menunjukkan bahawa Whoosh bukan sekadar mod pengangkutan, tetapi juga menjadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan yang menarik minat pelancong asing, khususnya dari Malaysia.
Sejak mula beroperasi pada 2023, KCIC mencatatkan sekitar 294,000 penumpang dari Malaysia telah menggunakan perkhidmatan kereta api laju itu, daripada keseluruhan 394,000 penumpang antarabangsa.
Pada 26 Disember sahaja, jumlah penumpang harian Whoosh mencecah 21,000 orang, manakala pada 27 Disember, jualan tiket dijangka melebihi 22,000 menjelang akhir hari.
Secara keseluruhan, sebanyak 225,000 tiket telah terjual sepanjang tempoh 'Angkutan Nataru', dengan purata harian meningkat 20 hingga 30 peratus berbanding hari biasa.
KCIC turut menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan membuat tempahan tiket melalui aplikasi Whoosh atau laman rasmi ticket.kcic.co.id bagi memastikan ketersediaan tempat duduk dan kelancaran perjalanan sepanjang musim cuti.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah pelancong Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) Whoosh semasa cuti sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2025/2026? A: Lebih 7,000 pelancong Malaysia direkodkan menggunakan perkhidmatan Whoosh, menyumbang 53% daripada jumlah penumpang antarabangsa yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
  • Q: Apakah destinasi yang popular di Jawa Barat yang dilawati oleh pelancong Malaysia menggunakan perkhidmatan Whoosh? A: Pelancong Malaysia menaiki Whoosh dari Jakarta ke Bandung dan destinasi pelancongan lain seperti Lembang dan Ciwidey di Jawa Barat.
  • Q: Berapakah jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Whoosh sejak ia mula beroperasi pada tahun 2023? A: Sejak beroperasi pada 2023, sekitar 294,000 penumpang dari Malaysia telah menggunakan perkhidmatan kereta api laju itu, daripada jumlah keseluruhan 394,000 penumpang antarabangsa.
  • Q: Apakah jumlah penumpang harian yang direkodkan oleh Whoosh pada 26 Disember dan 27 Disember? A: Pada 26 Disember, jumlah penumpang harian Whoosh mencecah 21,000 orang, manakala pada 27 Disember, jualan tiket dijangka melebihi 22,000 menjelang akhir hari.
  • Q: Bagaimanakah orang ramai dinasihatkan oleh KCIC untuk memastikan kelancaran perjalanan mereka menggunakan Whoosh? A: KCIC menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan membuat tempahan tiket melalui aplikasi Whoosh atau laman rasmi ticket.kcic.co.id bagi memastikan ketersediaan tempat duduk dan kelancaran perjalanan sepanjang musim cuti.

Topic Berkaitan
#Whoosh
#pelancong malaysia
#Kereta Cepat Indonesia China KCIC
#sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu Nataru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan