Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. - Foto IPD Rompin
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut manakala sembilan lagi selamat dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Seremban pada awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Seremban.
- Ketua Polis Daerah Rompin mengesahkan mangsa meninggal dunia sebagai So'id Lebai Hamid, 68 tahun, dalam kejadian itu.
- Lori treler dipandu cuai sehingga melanggar dua kereta, menyebabkan kemalangan yang membabitkan kesalahan trafik pemandu berusia 37 tahun.
Beliau berkata lori treler itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Keratong 2 menuju ke Muadzam Shah manakala kedua-dua kereta bergerak dari arah Muadzam Shah ke Seremban.
"Siasatan awal mendapati pemandu lori treler cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan," katanya sambil menambah pemandu terbabit memiliki 16 saman trafik atas pelbagai kesalahan.
Sharif Shai berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


