WELLINGTON: Lebih ramai rakyat New Zealand menjadi mangsa penipuan berbanding sebelum ini, menurut kajian baharu Bank of New Zealand (BNZ) yang dikeluarkan pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
Tahun lepas, empat daripada lima orang telah menjadi sasaran penipuan dan lebih satu per empat daripadanya terpedaya, meningkat tujuh peratus daripada tahun sebelumnya.
Perniagaan turut menjadi sasaran dengan 47 peratus daripada mereka menjadi mangsa pada tahun lepas, meningkat 21 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kajian itu dibuat semasa bank melancarkan Minggu Kesedaran Penipuan tahunannya untuk meningkatkan kesedaran, membantu orang ramai mengenal pasti penipuan dan kekal lebih selamat dalam talian.
Ketua Jenayah Kewangan BNZ Ashley Kai Fong berkata penipuan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan meninggalkan kesan kemusnahan terhadap warga New Zealand.
Beliau berkata penipuan bukan sahaja merosakkan kewangan, tetapi turut menyakitkan, memalukan, dan membebankan mangsa dan ia turut menghakis kepercayaan serta keyakinan terhadap jenama, perniagaan dan organisasi.
"Pertahanan terbaik terhadap penipuan ialah anda. Jika anda tahu perkara yang perlu diperhatikan dan dapat mengenali tanda-tanda penipuan, ia mengurangkan kemungkinan untuk anda menjadi mangsa.
"Dengan penganjuran Minggu Kesedaran Penipuan ini, kami menggesa orang ramai untuk mengambil tahu dan mendapatkan maklumat terkini supaya mereka boleh dilindungi dengan lebih baik," kata Fong.
Fong juga meminta orang ramai membuat laporan jika pernah menjadi sasaran atau mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Tahun lepas, empat daripada lima rakyat negara itu telah menjadi sasaran penipuan dan lebih satu per empat daripadanya terpedaya. - REUTERS
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Australia permudah syarat menjadi warganegara bagi rakyat New Zealand
Ratusan ribu rakyat New Zealand boleh jadi rakyat Australia sekiranya sudah tinggal selama empat tahun di negara itu.
Lebih ramai rakyat New Zealand jadi mangsa penipuan - Kajian
Lebih ramai rakyat New Zealand menjadi mangsa penipuan berbanding sebelum ini, menurut kajian baharu Bank of New Zealand (BNZ).