BOGOTA (Colombia): Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada Rabu dalam siri terbaharu operasi antidadah di Rio de Janeiro, Brazil yang menyaksikan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh sejak Jumaat, kata pihak berkuasa.
Operasi oleh pasukan keselamatan itu dilancarkan di Complexo da Penha, di utara Rio de Janeiro.
Pada Ahad, 16 terbunuh di negeri Sao Paulo dan 19 lagi dilaporkan terbunuh di negeri timur laut Bahia antara Jumaat dan Isnin, menurut Agensi Anadolu.
Operasi di Rio de Janeiro itu bertujuan "mencari dan menahan ahli kumpulan penjenayah" di wilayah itu.
"Pertempuran berlaku apabila pasukan polis diserang oleh lelaki bersenjata di tempat kejadian," kata jurucakap Polis Tentera Kolonel Marco Andrade.
Seramai 11 suspek cedera, sembilan maut, termasuk dua yang didakwa ketua kumpulan dadah, manakala senapang, peluru dan bom tangan turut dirampas.
Tumpuan serbuan polis itu adalah susulan kejadian pegawai polis tentera Patrick Bastos Reis ditembak mati minggu lepas semasa melakukan rondaan di perbandaran Guaruja, kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari ibu negara, Sao Paulo.
Susulan itu, polis melancarkan 'Operasi Escudo' terhadap jenayah terancang, mengakibatkan 58 tangkapan dan peningkatan jumlah kematian yang mencetuskan reaksi daripada pelbagai kumpulan hak asasi manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Operasi di Rio de Janeiro itu bertujuan "mencari dan menahan ahli kumpulan penjenayah" di wilayah itu. - Gambar Bernama
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris.
Lebih sedozen terbunuh dalam serbuan antidadah di Brazil
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada Rabu dalam siri terbaharu operasi antidadah di Rio de Janeiro, Brazil yang menyaksikan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh sejak Jumaat.
Isu kerakyatan bayi baru lahir: Mahkamah tolak rayuan kerajaan
Mahkamah mendapati saman pemula itu tidak remeh seperti yang dinyatakan kerajaan dan melibatkan isu penting menjurus kepada tafsiran Perkara 8 dan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.
Penunjuk perasaan di Tunisia tuntut kebebasan mereka yang ditahan
Kumpulan hak asasi manusia memaklumkan, kira-kira 1,000 orang ditahan manakala puluhan yang lain dipenjara atas tuduhan melakukan vandalisme dan mencuri.
Bangladesh hantar 1,600 pelarian Rohingya ke pulau Bhasan Char
Kira-kira 1,600 pelarian Rohingya dibawa menaiki kapal tentera untuk dihantar ke tapak pelarian baharu di Teluk Bengal, Bhasan Char.
Singapura akan sekat laman sesawang LFL
Kumpulan Lawyers for Liberty didapati tidak patuh satu arahan supaya melakukan pembetulan di bawah undang-undang berita palsu terhadap kenyataan pada 22 Jan di dalam laman sesawang kumpulan itu.