awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki 18-22 tahun mula tinggalkan Ukraine setelah undang-undang baharu berkuat kuasa

Bernama
Bernama
28/08/2025
11:24 MYT
Lelaki 18-22 tahun mula tinggalkan Ukraine setelah undang-undang baharu berkuat kuasa
Pada Selasa, PM Ukraine Yulia Svyrydenko berkata Kabinet membenarkan lelaki berumur 18 hingga 22 tahun untuk melancong ke luar negara. - Gambar fail
MOSCOW: Warganegara Ukraine yang berusia 18 hingga 22 tahun mula meninggalkan negara itu apabila dekri yang membenarkan lelaki dalam lingkungan umur ini menyeberangi sempadan berkuat kuasa, menurut jurucakap Perkhidmatan Pengawal Sempadan Negara Ukraine Andrii Demchenko, pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada Selasa, Perdana Menteri Ukraine Yulia Svyrydenko berkata Kabinet membenarkan lelaki berumur 18 hingga 22 tahun untuk melancong ke luar negara.
"Bermula hari ini, undang-undang ini berkuat kuasa dan pengawal sempadan menemui individu pertama yang ingin menyeberangi sempadan. Sesetengah daripada mereka telah melengkapkan prosedur pusat pemeriksaan dan meninggalkan Ukraine. Saya ingatkan bahawa ini hanya terpakai kepada lelaki Ukraine yang berumur 18 hingga 22 tahun," kata Demchenko dalam siaran seluruh negara.
Peraturan itu tidak terpakai kepada lelaki dalam lingkungan umur itu yang memegang jawatan kerajaan tertentu, kerana mereka hanya boleh melakukan perjalanan ke luar negara atas urusan rasmi, kata jurucakap itu.
Sebelum ini, lelaki berumur 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan Ukraine sepanjang tempoh undang-undang tentera. Mengelak daripada perkhidmatan ketenteraan semasa mobilisasi adalah kesalahan jenayah di negara itu, yang boleh dihukum sehingga lima tahun penjara.
Video mobilisasi paksa ke dalam tentera Ukraine, yang menunjukkan komisiarat Ukraine membawa lelaki dengan van dan sering memukul tahanan, sebelum ini tersebar luas dalam talian sepanjang konflik Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki ukraine
#seberang sempadan
#tinggalkan negara
#undang-undang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan