awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi dibebaskan, berlaku 'kecelaruan' identiti

Agensi
Agensi
09/12/2021
03:39 MYT
Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi dibebaskan, berlaku 'kecelaruan' identiti
Lelaki warga Arab Saudi yang ditahan kerana disyaki membunuh Jamal Khashoggi, dibebaskan kerana kesilapan identiti. - Gambar fail/REUTERS
PARIS: Seorang lelaki warga Arab Saudi yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi tiga tahun lalu, dibebaskan.
Portal tempatan Sputnik International yang memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya memaklumkan, penahanan suspek, Khaled Aedh Alotaibi di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris adalah satu kesilapan identiti.
Berdasarkan laporan awal, dia merupakan salah seorang daripada 26 suspek warga Arab Saudi dikehendaki Turki berkaitan kes berkenaan.
Menurut portal tersebut, pemeriksaan waran tangkap yang dikeluarkan Turki mendapati berlaku 'kecelaruan' identiti dan tidak terpakai untuk suspek.
"Semua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu sudah disabit kesalahan di Arab Saudi," katanya.
Turki sebelum ini mendakwa operasi berkenaan dilaksanakan atas arahan kerajaan dan ia dikaitkan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman.
Pada Selasa lalu, akhbar tempatan Perancis mendedahkan identiti suspek sebagai Khalid al-Otaib dan merupakan ahli kumpulan Commandos yang berkemungkinan terlibat dalam pembunuhan Khashoggi pada Oktober 2018.
Beberapa jam kemudian, Kedutaaan Arab Saudi di Paris kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan suspek yang ditahan itu tiada kaitan dengan isu yang dibangkitkan.
Khashoggi, pengkritik lantang Riyadh, dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018.
Arab Saudi sebelum ini mendedahkan Khashoggi dibunuh dalam satu operasi rahsia.
Namun Turki mendakwa operasi berkenaan dilaksanakan atas arahan kerajaan dan ia dikaitkan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Putera Mohammed Salman.
Lapan suspek yang tidak dinamakan sebelum ini disabit kesalahan membunuh Khashoggi.
Lima daripadanya dijatuhkan hukuman mati namun kemudian dipinda ke penjara 20 tahun.
Sementara tiga lagi dipenjara tujuh ke 10 tahun atas kesalahan menyembunyikan pembunuhan itu.
Topic Berkaitan
#putera salman
#Arab Saudi
#Jamal Khashoggi
#Kedutaan Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan