awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2023
03:59 MYT
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
Tangkap layar video kejadian yang memaparkan orang ramai cuba memadamkan api yang menyambar tubuh mangsa. - Agensi/Sinar Harian
LIMA: Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu.
Sergio Tarache Parra, 19, dituduh menyimbah Katherine Gomez, 18, dengan minyak tanah sebelum membakar mangsa di dataran di Lima, Peru pada 18 Mac lalu.
Menurut konsulat Peru di Bogota, notis merah Interpol telah dikeluarkan untuk penahanan Tarache.
Beberapa hari sebelumnya, remaja perempuan itu dipercayai memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.
Mangsa yang melecur 60 peratus di badan dimasukkan ke hospital, namun meninggal dunia enam hari kemudian.
Kementerian dalam negeri Peru memaklumkan, Tarache yang berasal dari Venezuela akan diekstradisi dari Colombia ke Peru untuk dibicarakan.
Kamera keselamatan (CCTV) menunjukkan pemuda itu melarikan diri dari tempat kejadian selamat menyerang mangsa.
Polis Peru menawarkan ganjaran AS$12,500 (RM55,024) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek. - Agensi via Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bakar teman wanita
#Colombia
#melecur
#bakar hidup-hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan