awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN 2.0’ - Afnan
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2025
08:20 MYT
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian. -Foto X @JasADRxquisites
PARAMARIBO: Seorang lelaki berusia 43 tahun bertindak kejam dengan menikam mati sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk empat anak kandungnya dalam satu insiden menggemparkan di Richelieu, daerah Commewijne, kira-kira 25 kilometer dari ibu negara Suriname, Paramaribo, pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki menikam mati sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk empat anak kandungnya di Suriname selepas bertengkar dengan isteri yang tidak lagi tinggal bersama.
  • Serangan berlaku di Richelieu, daerah Commewijne; lima kanak-kanak dan empat dewasa terkorban, termasuk jiran-jiran yang cuba campur tangan.
  • Presiden Suriname menyifatkan insiden sebagai "tragedi yang tidak dapat digambarkan" sementara polis masih menyiasat motif sebenar kejadian serta menekankan isu kesihatan mental dan kawalan individu berisiko tinggi dalam keganasan domestik.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Polis Suriname, serangan berlaku selepas suspek bertengkar melalui telefon dengan isterinya yang dilaporkan tidak lagi tinggal bersama.
Dalam keadaan marah, suspek menyerang beberapa rumah berhampiran menggunakan senjata tajam, menyebabkan kematian lima kanak-kanak dan empat orang dewasa, termasuk jiran-jiran yang cuba campur tangan.
“Suspek cuba menyerang anggota polis yang tiba di lokasi kejadian dan telah ditembak di kaki sebelum ditahan,” kata jurucakap Polis Korps Suriname.
Suspek kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Dua lagi mangsa — seorang kanak-kanak dan seorang dewasa — mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital di Paramaribo.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.
Presiden Suriname, Jennifer Geerlings-Simons, dalam kenyataan di media sosial menyifatkan insiden itu sebagai tragedi yang tidak dapat digambarkan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
“Saya doakan kekuatan dan ketabahan buat semua yang terkesan dalam waktu yang amat sukar ini,” katanya.
Insiden ini mengejutkan negara kecil Amerika Selatan itu dan mencetuskan perdebatan mengenai isu kesihatan mental serta keperluan memperketat kawalan terhadap individu yang berisiko tinggi melakukan keganasan domestik.

Jika ada kawan, ahli keluarga mahupun jiran yang mengalami kesakitan emosi, hulurkan tangan ringankan beban mereka. Bagi yang memerlukan perkhidmatan sokongan emosi, boleh menghubungi talian tertera: MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan) KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan insiden tragis di Richelieu, Suriname yang melibatkan kematian sembilan orang? A: Insiden tersebut berpunca daripada pertengkaran melalui telefon antara suspek dan isterinya yang tidak lagi tinggal bersama.
  • Q: Berapakah jumlah mangsa kanak-kanak dan dewasa yang terbunuh dalam serangan tersebut? A: Lima kanak-kanak dan empat orang dewasa telah terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh suspek.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh polis terhadap suspek selepas serangan? A: Suspek cuba menyerang anggota polis yang tiba di lokasi kejadian dan telah ditembak di kaki sebelum ditahan.
  • Q: Siapakah yang mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital selepas insiden? A: Seorang kanak-kanak dan seorang dewasa mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital di Paramaribo.
  • Q: Apakah yang dikatakan oleh Presiden Suriname, Jennifer Geerlings-Simons, berkaitan dengan insiden ini? A: Presiden Suriname, Jennifer Geerlings-Simons, menggambarkan insiden sebagai "tragedi yang tidak dapat digambarkan" dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Topic Berkaitan
#tikam anak kandung
#Richelieu Suriname
#bunuh jiran
#bertengkar dengan isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan