awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cuba seludup 160 kura-kura ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai

Bernama
Bernama
15/07/2024
13:47 MYT
Lelaki cuba seludup 160 kura-kura ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai
Kakitangan keselamatan telah menyerahkan penumpang dan kura-kura jenis Indian Star Tortoise yang disimpan dalam kotak kadbod kepada Jabatan Kastam. - Gambar hiasan/Wikipedia
NEW DELHI: Seorang lelaki yang cuba menyeludup 160 kura-kura spesies Indian Star Tortoise ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India.
Kakitangan keselamatan menyerahkan penumpang dan kura-kura yang disimpan dalam kotak kadbod kepada Jabatan Kastam, lapor media tempatan pada Isnin.
Lelaki itu, yang melancong ke Malaysia dengan visa pelancong, dilaporkan membeli kura-kura itu dengan harga 100 rupee (kira-kira RM5.50) seekor dari seorang penternak di negeri selatan Andhra Pradesh dan merancang untuk menjualnya dengan keuntungan lebih 50 kali ganda.
Spesies Indian Star Tortoise, yang terdapat di beberapa bahagian selatan India, adalah spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India.
Di beberapa negara Asia Tenggara, ia dijual sebagai haiwan peliharaan eksotik.
Pada 2022, pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai menggagalkan cubaan menyeludup 1,364 kura-kura daripada spesies yang sama ke Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup kura-kura
#India
#lapangan terbang Chennai
#seludup ke malaysia
#Indian Star Tortoise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan