awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan di Paris sorok barang kemas bernilai lebih RM49 juta dalam seluar dalam

Bernama
Bernama
01/09/2025
22:15 MYT
Lelaki ditahan di Paris sorok barang kemas bernilai lebih RM49 juta dalam seluar dalam
Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki itu menyembunyikan sehelai stoking di dalam seluar dalamnya yang berisi seutas jam tangan mewah serta beberapa barang kemas lain. - Gambar hiasan
PARIS: Polis Perancis menahan seorang penumpang di sebuah stesen kereta api Paris selepas dia didapati menyembunyikan sejumlah barang kemas mewah bernilai EUR10 juta (RM49 juta) dalam seluar dalamnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pejabat Pendakwa Raya Paris pada Isnin memaklumkan siasatan berkaitan pengendalian barang curi oleh kumpulan jenayah telah dibuka terhadap lelaki itu serta seorang rakannya yang turut ditahan. Mereka juga didapati membawa sebuah alat pemotong besi dalam bagasi.
Menurut akhbar Le Parisien yang memetik pihak penyiasat, kedua-dua lelaki itu sudah dikenal pasti pihak berkuasa sebelum ini dan ditahan ketika pemeriksaan rutin di stesen kereta api jarak jauh Gare de Lyon selepas ketibaan sebuah kereta api.
Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki itu menyembunyikan sehelai stoking di dalam seluar dalamnya yang berisi seutas jam tangan mewah serta beberapa barang kemas lain.
Rampasan itu termasuk seutas rantai bernilai kira-kira EUR5 juta (RM25 juta), sepasang anting-anting bernilai lebih EUR2 juta (RM9.9 juta), serta sebentuk cincin bernilai EUR1 juta (RM4.9 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barang kemas
#curi
#kumpulan jenayah
#seluar dalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan