Skip to main content

Dunia

Pengunduran UNIFIL dari Lubnan bermula Januari depan

UNIFIL telah beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978, dengan mandatnya dilanjutkan buat kali terakhir sehingga 31 Dis 2026 menerusi Resolusi 2790 PBB. - Gambar fail/Reuters
UNIFIL telah beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978, dengan mandatnya dilanjutkan buat kali terakhir sehingga 31 Dis 2026 menerusi Resolusi 2790 PBB. - Gambar fail/Reuters

Ringkasan AI

  • Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) akan berundur selepas mandatnya tamat pada 31 Disember 2026, selaras Resolusi 2790 Majlis Keselamatan PBB.
  • UNIFIL akan meneruskan operasi harian, memantau perkembangan, menyokong Angkatan Tentera Lubnan dan misi kemanusiaan sehingga mandat berakhir.
  • Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan pengaturan selepas pengunduran UNIFIL, di tengah kebimbangan kekosongan keselamatan di selatan Lubnan.
Advertisement

BEIRUT: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) akan mula berundur dari negara itu selepas mandatnya tamat pada 31 Dis 2026, selaras dengan Resolusi 2790 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut misi berkenaan pada Khamis, lapor Xinhua.

UNIFIL dalam satu hantaran di platform media sosial X memaklumkan pihaknya akan meneruskan operasi harian di seluruh selatan Lubnan termasuk memantau dan melaporkan perkembangan semasa, menyokong Angkatan Tentera Lubnan serta memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan sehingga mandatnya berakhir.

Menurut UNIFIL, Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan pengaturan bagi tempoh selepas pengunduran pasukan itu.

Advertisement

Pengumuman berkenaan dibuat ketika Presiden Lubnan Joseph Aoun, Perdana Menteri Nawaf Salam dan beberapa pegawai lain menggesa masyarakat antarabangsa mengekalkan kehadiran UNIFIL kerana bimbang pengundurannya akan mewujudkan kekosongan keselamatan di selatan Lubnan.

UNIFIL telah beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978, dengan mandatnya dilanjutkan buat kali terakhir sehingga 31 Dis 2026 menerusi Resolusi 2790 yang diterima pakai pada Ogos 2025.

Advertisement

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement