awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan lakukan serangan pisau dalam kereta api Jerman

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2021
22:45 MYT
Lelaki ditahan lakukan serangan pisau dalam kereta api Jerman
Kereta api tersebut dihentikan di stesen Seubersdorf, kira-kira 70 kilometer selatan Nuremberg, di mana suspek ditahan dan ratusan penumpang diturunkan. - Foto REUTERS
FRANKFURT: Seorang lelaki ditahan selepas melakukan serangan pisau dalam kereta api laju di Bravia pada Sabtu, kata polis.
Sekurang-kurangnya tiga cedera dalam insiden itu, dua daripada mereka parah.
Polis berkata, seorang lelaki berusia 27 tahun warga Syria ditahan susulan kejadian tersebut di dalam kereta api berkenaan yang dalam perjalanan dari Regensburg ke Nuremberg.
"Berlaku insiden serangan dalam kereta api ICE (Intercity-Express) menyebabkan beberapa orang cedera dan pihak kami telah menahan seorang lelaki dalam kejadian itu," kata jurucakap polis Oberpfalz.
Motif kejadian, yang berlaku kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan, masih dalam siasatan.
Kereta api tersebut dihentikan di stesen Seubersdorf, kira-kira 70 kilometer selatan Nuremberg, di mana suspek ditahan dan ratusan penumpang diturunkan.
Menurut media tempatan, suspek diberi status pelarian selepas memasuki Jerman pada 2014 dan mengalami "masalah psikologi".
Serangan tersebut berlaku beberapa bulan selepas seorang pelarian Somalia menikam tiga wanita sehingga maut di Wurzburg.
Beberapa serangan turut dilaporkan sejak 2015, kebanyakannya melibatkan pelarian selepas Kanselor Angela Merkel membuka pinta sempadan negara kepada kira-kira 900,000 pencari suaka.
Topic Berkaitan
#serangan
#kereta api
#cedera
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan