awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan membawa 'penyedut vampire' dalam pesawat

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2023
03:00 MYT
Lelaki ditahan membawa 'penyedut vampire' dalam pesawat
Penyedut vampire yang dirampas dari seorang lelaki berusia 26 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan. - Foto Twitter/@TSA_NewEngland
SEORANG lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan, Amerika Syarikat (AS) selepas didapati memiliki 'penyedut vampire' dalam begnya.
Menurut jurucakap TSA New England, Daniel Velez, penyedut berkenaan boleh digunakan sebagai senjata.
Jelasnya lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan ke Chicago dari Boston pada 23 April lepas.
Walaupun penyedut berkenaan dibenarkan dalam bagasi, namun ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke dala kabin penerbangan.
Lelaki berkenaan telah didakwa dengan tuduhan membawa senjata berbahaya, menurut kenyataan dikeluarkan Polis Massachusetts.
Namun identiti suspek tidak didedahkan.
Penyedut vampire berkenaan merupakan produk keluaran Szabo Inc yang membolehkan pengguna meminum minuman berasakan ais kisar dengan lebih mudah.
Selain itu, kata syarikat berkenaan, ia boleh digunakan sebagai senjata bagi mempertahankan diri.
Setiap penyedut diperbuat daripada titanium dan berukuran 25 sentimeter.
Topic Berkaitan
#penyedut vampire
#senjata
#Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan