awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan polis selepas wanita dail 999 dan 'memesan piza'

Agensi
Agensi
07/04/2022
05:18 MYT
Lelaki ditahan polis selepas wanita dail 999 dan 'memesan piza'
Helah memesan makanan adalah salah satu cara untuk mangsa mendapatkan bantuan dalam situasi terancam. - Freepik/Astro AWANI
SEORANG lelaki akhirnya ditangkap polis selepas seorang wanita yang khuatir keselamatannya terancam berpura-pura memesan piza, namun sebenarnya mendail nombor kecemasan ‘999’, lapor BBC.
Panggilan itu diterima Polis North Yorkshire, United Kingdom Selasa lalu dan operator yang menjawab telah segera mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mendengar wanita itu mahu memesan piza.
Soalan pertama dari operator itu adalah sama ada pemanggil itu sedang dalam masalah, dan wanita itu menjawab “ya”.
Bertindak mengikut latihan yang biasa dilakukan, operator itu seterusnya bertanya beberapa soalan rantaian yang hanya memerlukan wanita itu menjawab “ya” atau “tidak”.
Operator itu juga meminta talian itu tidak diputuskan supaya lebih banyak maklumat dapat disahkan.
Dari panggilan berkenaan, operator itu sudah dapat mengesahkan bahawa wanita yang sedang gelisah dan ketakutan itu berada di dalam sebuah bas dan lokasi kenderaan itu turut berjaya dikesan.
Pihak berkuasa yang segera bertindak menangani perkara itu yakin bahawa wanita berkenaan dalam risiko diancam atau dicederakan lelaki yang turut bersamanya di dalam bas berkenaan.
Bas itu telah dikesan kedudukan dan pergerakannya berdasarkan penjejak lokasi dalam talian.
Lelaki yang ditangkap itu berusia 40 tahun dan berasal dari Leeds. Dia kekal dalam tahanan dan dalam soal siasat pihak polis.
"Ini adalah hasil kerja pasukan yang bagus, lantas membolehkan kami mengambil tindakan segera demi keselamatan wanita itu.
"Saya menyedari tentang ‘taktik’ yang digunakan mangsa dengan helah memesan makanan namun sebenarnya menghubungi pihak berkuasa,” ujar Inspektor Dan Spence dari balai polis North Yorkshire.
Topic Berkaitan
#polis
#pesan piza
#kecemasan
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan