awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan selepas serang Perdana Menteri Denmark

Bernama
Bernama
08/06/2024
03:40 MYT
Lelaki ditahan selepas serang Perdana Menteri Denmark
Tidak jelas sama ada Frederiksen, seorang Demokrat Sosial, mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan. - Foto fail/REUTERS
COPENHAGEN: Seorang lelaki telah ditahan selepas Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, diserang di tengah Copenhagen pada petang Jumaat, menurut pejabatnya seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Jerman (dpa).
Perdana Menteri itu "terkejut dengan kejadian itu", kata pejabatnya tanpa memberikan butiran lanjut.
Pada mulanya, tidak jelas sama ada Frederiksen, seorang Demokrat Sosial, mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan.
Polis Copenhagen menyatakan di platform X bahawa seorang individu telah ditahan.
Menteri Pertahanan Denmark, Troels Lund Poulsen menyifatkan serangan itu sebagai "kejutan".
"Ini bukan Denmark," catatnya dalam satu hantaran di X. "Kami tidak menyerang perdana menteri kami."
Insiden itu berlaku ketika berjuta-juta warga EU akan mengundi untuk memilih Parlimen Eropah yang baharu.
Dalam satu hantaran di X, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengutuk serangan terhadap Frederiksen sebagai "tindakan keji yang bertentangan dengan segala yang kita percayai dan perjuangkan di Eropah".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serang
#Mette Frederiksen
#lelaki
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan