awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2024
03:00 MYT
Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar
Ular sawa Burma dianggap spesies pendatang yang akan menggugat kelestarian haiwan tempatan di AS. - Foto agensi
ALBANY: Seorang lelaki New York, Amerika Syarikat (AS) mengaku seludup tiga ekor ular sawa Burma dalam seluar semasa melintasi sempadan AS-Kanada, lapor AP.
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
Calvin Bautista, 38, dilaporkan menyeberang ke utara New York dengan menaiki bas dan menyembunyikan reptilia itu dalam beg yang diikat dalam poket tepi paha seluarnya.
Bagaimanapun, taktiknya tidak berhasil apabila pegawai kastam dan pelindungan sempadan AS berjaya mengesan 'benjolan' dalam seluar lelaki tersebut.
Menurut dokumen mahkamah, lelaki yang tinggal di Queens membeli ular bernilai AS$2,500 (RM11,943) di sebuah kedai akuarium di Kanada.
Aktiviti membawa masuk ular sawa Burma dikawal oleh perjanjian antarabangsa dan peraturan persekutuan AS yang menyenaraikan reptilia itu sebagai 'memudaratkan manusia'.
Ular sawa Burma, reptilia terbesar di dunia banyak ditemui di negara Asia Tenggara dan di AS ia dianggap ular perosak kerana mampu membunuh haiwan asal di negara ini. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#ular sawa burma
#seludup
#sempadan AS-Kanada
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan