Satu lagi kejadian tembakan menggemparkan Amerika Syarikat hari ini. Terbaru enam maut selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah rumah di pinggir bandar Houston dekat Texas.

Mangsa terdiri dari empat kanak-kanak dan dua wanita.

Dua wanita dan tiga kanak-kanak mati itu di tempat kejadian. Manakala seorang lagi kanak-kanak mati sewaktu mendapat rawatan di hospital.

Mangsa ketujuh iaitu seorang remaja perempuan lima belas tahun yang turut ditembak tetapi tidak mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Shooting
(AP Photo/Houston Chronicle, Brett Coomer)

Identiti mangsa bagaimanapun tidak didedahkan.

Suspek yang merupakan bapa kepada kanak-kanak malang berkenaan dikatakan mengalami tekanan perasaan dipercayai akibat masalah keluarga.

Siasatan awal mendapati dia telah berpisah dari isterinya dan tinggal di luar negara.

Menurut pihak berkuasa, mereka menerima panggilan kecemasan kira kira 6 petang waktu tempatan. Suspek kemudiaannya dikejar pihak berkuasa sehingga kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian.

Namun suspek menyerah diri beberapa jam selepas berunding dengan pihak polis.