awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2024
01:00 MYT
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Pembunuhan itu mungkin dirancang oleh suspek kerana dia menyimpan senjata tajam. - Gambar hiasan
JAKARTA: Pembunuhan itu mungkin dirancang oleh suspek kerana dia menyimpan senjata tajam. Pembunuhan itu mungkin dirancang oleh suspek kerana dia menyimpan senjata tajam.
Seorang lelaki maut apabila ditikam dengan sebilah pisau dalam satu insiden perkelahian yang berlaku di pinggir jalan raya Pamulang, Banten pada Jumaat.
Mengesahkan insiden itu, Ketua Polis Tangerang Selatan, AKBP V Inkiriwang berkata, kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
"Sebelum itu, mereka bergaduh mulut dan ada perkataan mangsa yang menggores hati suspek yang yang diungkapkan ketika mereka bersama kawan-kawan yang lain.
"Oleh kerana itu suspek naik berang lalu berniat mahu membunuh mangsa," katanya dalam satu sidang media di sini pada Sabtu.
Mangsa sebelum itu sempat dikejarkan ke hospital berdekatan, bagaimanapun dilaporkan sudah meninggal dunia.
Tambahnya, pembunuhan itu mungkin dirancang oleh suspek kerana dia menyimpan senjata tajam.
Sementara itu, klip video yang memaparkan pergaduhan mereka tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
Difahamkan kedua-dua mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang dan saling mengenali.
Suspek kini sudah ditahan polis berserta barang bukti iaitu sebilah pisau yang digunakan suspek ketika membunuh mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tikam
#bunuh
#pengawal keselamatan
#kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan