awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditembak semasa dalam perjalanan ke masjid di Pattani

Bernama
Bernama
12/03/2021
21:10 MYT
Lelaki maut ditembak semasa dalam perjalanan ke masjid di Pattani
Siasatan awal polis mendapati lelaki yang merupakan anggota sukarelawan itu ditembak di bahagian dada dan kepala - Gambar hiasan
PATTANI: Seorang anggota sukarelawan maut ditembak ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat di Sai Buri, Pattani, selatan Thailand pada Jumaat.
Ketua Polis Sai Buri, Kol. Pol. Chalermchai Phetchakat berkata lelaki berusia 29 tahun itu sedang menunggang motosikal berseorangan apabila dia ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki tidak dikenali yang juga menunggang motosikal.
"Sukarelawan itu meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal polis mendapati lelaki itu ditembak di bahagian dada dan kepala, dan polis sedang memburu suspek," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, di YALA, polis berjaya mematikan dua butir bom yang dipasang dalam sebuah pikap yang diparkir di sebuah pangsapuri di daerah Raman, Yala pada kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) semalam.
Jurucakap polis wilayah Yala berkata terdahulu polis menerima laporan bahawa sebuah pikap telah dicuri sekumpulan lelaki, dan kira-kira tiga jam kemudian, polis menemui pikap itu diparkir di belakang pangsapuri yang merupakan kediaman polis.
"Ketika membuat pemeriksaan, polis menemui dua butir bom dipasang dalam pikap berkenaan, dan skuad pemusnah bom berjaya mematikan bom berkenaan selepas semua penduduk pangsapuri berkenaan diarah pindah sementara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#polis
#maut
#meninggal dunia
#bom
#suspek
#siasatan
#lelaki
#Solat Jumaat
#masjid
#pikap
#pangsapuri
#yala
#Pattani
#tembak
#jarak dekat
#motosikal
#dalam perjalanan ke masjid
#kediaman polis
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan