awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok durian

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2025
00:30 MYT
Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok durian
Jasad Fauzi dibawa turun dengan menggunakan tali. - Foto Sinar Harian/Agensi
KALIPURO: Ajal akan menjemput di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Kematian mengejut itu berlaku pada seorang lelaki yang dilaporkan meninggal dunia di atas pokok durian yang turut menjadi tular di media sosial.
Lelaki dikenali sebagai Fauzi, 45, itu sempat mengadu sakit perut ketika kejadian di Kebun Durian Desa Telemung, Kecamatan Kalipuro, Jawa Timur di Indonesia.
Kapolsek Kalipuro, AKP Satrio Wibowo memaklumkan peristiwa tersebut berlaku pada Khamis lalu dan Fauzi merupakan buruh panjat di kebun durian itu.
"Dia bersama seorang temannya memanjat pohon durian setinggi lapan meter untuk mengikat buah di kebun milik Tik Asmora. Fauzi mula rasa tidak sedap badan dan berasa lemas. Rakannya bertindak mengikatnya dengan tali tambang supaya dia tidak jatuh," jelas Satrio.
Keadaan Fauzi segera dimaklumkan kepada keluarganya yang kemudiannya menanti di bawah pokok itu ketika tubuhnya diturunkan.
"Rupa-rupanya Fauzi sudah tidak bernyawa. Jasad itu dibawa pulang ke Kelurahan Kalipuro untuk dikebumikan. "Kematian mengejut itu diterima dengan hati terbuka oleh keluarganya yang menolak proses autopsi," ujarnya lagi. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#panjat pokok durian
#meninggal dunia
#Sakit perut
#Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan