awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel, peneroka haram bakar kenderaan di Tebing Barat

Bernama
Bernama
25/01/2026
16:02 MYT
Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel, peneroka haram bakar kenderaan di Tebing Barat
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 240 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera atau peneroka haram Israel di Tebing Barat pada 2025, termasuk 55 kanak-kanak. - Gambar fail/REUTERS/Mussa Qawasma
RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel di tengah Tebing Barat pada Ahad, lapor Xinhua memetik sumber Palestin.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki Palestin, Ammar Hijazi, 34, ditembak mati oleh tentera Israel di utara bandar Ramallah, Tebing Barat pada Ahad. Pihak berkuasa Palestin sedang berusaha untuk menuntut mayat Hijazi yang kini ditahan oleh tentera Israel.
  • Keselamatan Palestin melaporkan bahawa tentera Israel menembak Hijazi semasa mangsa sedang memandu kenderaannya di kawasan berkenaan. Sementara itu, peneroka haram Israel dilaporkan membakar kenderaan dan menulis slogan perkauman di Bandar Atara, barat laut Ramallah.
  • Keadaan di Tebing Barat semakin tegang selepas perang Gaza pada Oktober 2023. Menurut laporan PBB, sebanyak 240 rakyat Palestin termasuk 55 kanak-kanak telah terbunuh oleh tentera atau peneroka haram Israel pada tahun 2025.

Pihak Berkuasa Am Palestin bagi Hal Ehwal Awam dalam satu kenyataan akhbar ringkas memaklumkan bahawa Ammar Hijazi, 34, maut akibat tembakan tentera Israel di utara bandar Ramallah.
Kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kejadian tetapi mengesahkan bahawa pasukan pihak berkuasa sedang berusaha untuk menuntut mayat Hijazi yang kini ditahan oleh tentera Israel. Hijazi berasal dari Bandar Nablus di utara Tebing Barat.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu Xinhua bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah Hijazi semasa mangsa sedang memandu kenderaannya di kawasan berkenaan.
Tentera Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.
Sementara itu, sumber tempatan dan saksi memberitahu Xinhua bahawa peneroka haram Israel membakar dua kenderaan dan menggunakan semburan cat untuk membuat slogan berbaur perkauman pada awal pagi Ahad dalam satu serangan di Bandar Atara, barat laut Ramallah.
Tebing Barat menyaksikan peningkatan keganasan sejak perang Gaza bermula pada Oktober 2023.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 240 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera atau peneroka haram Israel di Tebing Barat pada 2025, termasuk 55 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#lelaki Palestin
#ditembak
#tentera Israel
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami