awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki penggal kepala Daniel Pearl dibebaskan Mahkamah Pakistan

Agensi
Agensi
29/01/2021
06:57 MYT
Lelaki penggal kepala Daniel Pearl dibebaskan Mahkamah Pakistan
Ahmed, suspek utama dalam kes penculikan dan pembunuhan wartawan Wall Street Journal itu, dibebaskan oleh panel diwakili tiga hakim. - Foto REUTERS
KARACHI:Mahkamah Agung Pakistan pada Khamis mengarahkan pembebasan seorang lelaki yang sebelum ini didapati bersalah memenggal kepala wartawan Amerika Syarikat, Daniel Pearl - satu keputusan yang mengejutkan ahli keluarganya, menurut peguam.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyifatkan keputusan itu sebagai “penghinaan kepada semua mangsa keganasan, termasuk di Pakistan”.
Namun tambah beliau, Washington bersedia untuk menghukum Ahmed Omar Saeed Sheikh di Amerika Syarikat atas kesalahannya.
Ahmed, suspek utama dalam kes penculikan dan pembunuhan wartawan Wall Street Journal itu, dibebaskan atas keputusan panel diwakili tiga hakim.
“Dengan majoriti 2-1, mereka membebaskan kesemua pesalah dan mengarahkan pelepasan mereka,” kata peguambela wilayah, Salman Talibuddin kepada Reuters.
Daniel, 38 tahun, diculik ketika sedang menyiasat mengenai kumpulan militan di Karachi selepas serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 11 September 2001.
Kes mendiang mencuri perhatian seluruh dunia selepas satu rakaman video yang menunjukkan pemenggalan kepalanya menular beberapa minggu selepas diculik.
Sheikh serta individu-individu lain yang turut dituduh atas kesalahan sama akan dibebaskan segera sekiranya mereka tidak diperlukan untuk siasatan kes lain, kata ketua panel mahkamah, Hakim Mushir Alam.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi meringankan hukuman terhadap Ahmed, daripada hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup, serta membebaskan tiga pesalah lain.
Ahmed didakwa pada 2002 oleh barisan juri persekutuan di New Jersey atas kesalahan penculikan dan konspirasi untuk melakukan penculikan, sehingga menyebabkan kematian wartawan itu.
Topic Berkaitan
#Pakistan
#militan
#pengganas
#keganasan
#Wall Street Journal
#wartawan
#terrorist
#Daniel Pearl
#Ahmed Omar Saeed Sheikh
#Karachi
#wartawan Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan