DALIAN: Lima pejalan kaki yang sedang melintas jalan maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju dalam kejadian di bandar Dalian, China pada Sabtu.
Suspek lelaki berusia 32 tahun yang cuba melarikan diri selepas pelanggaran itu bagaimanapun berjaya ditahan, lapor SCMP.
Siasatan awal polis mendapati suspek yang hanya dikenali sebagai Liu bertindak demikian kerana kecewa pelaburannya gagal dan ingin "membalas dendam terhadap masyarakat".
Rakaman CCTV dan telefon bimbit kejadian yang kini tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan hitam memecut ke arah sekumpulan pejalan kaki ketika mereka melintas jalan.
Menurut kenyataan polis, Liu, yang bekerja sebagai pendandan rambut, telah melanggar lampu merah dan memecut dengan kelajuan 108 kilometer sejam dalam tujuh saat sebelum merempuh kumpulan pejalan kaki itu.
Setelah merempuh pejalan kaki, Liu melarikan diri di dalam keretanya sebelum bertembung dengan van di sebuah persimpangan.
Dia kemudian meninggalkan kenderaan itu dan cuba melarikan diri dengan berjalan kaki, tetapi berjaya ditangkap polis kira-kira jam 1 tengah hari.
"Suspek tidak dapat menerima kegagalan pelaburan peribadinya dan kehilangan kepercayaan dalam hidup, jadi dia membalas dendam kepada masyarakat," kata jurucakap polis.
Empat mangsa mati di tempat kejadian dan mangsa kelima meninggal dunia tidak lama kemudian di hospital.
Lima yang lain cedera dalam kejadian itu, kata polis.
Wakil ketua polis Dalian, Qu Bo pada Ahad berkata suspek telah ditahan atas tuduhan "membahayakan keselamatan awam".
Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum mati.
Astro Awani
Mon May 24 2021
Rakaman CCTV kejadian menunjukkan kereta sedan hitam itu memecut ke arah sekumpulan pejalan kaki ketika mereka melintas jalan. -Video tular
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini
Suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini.
Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van
Rakaman CCTV daerah Ate menunjukkan van penumpang tidak rasmi itu dipandu dalam keadaan laju dan melanggar sebuah teksi yang diparkir.
Lelaki langgar mati tiga warga Pakistan mengaku ambil dadah
Mahkamah turut menetapkan 5 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan patologi.
Pejalan kaki warga emas maut dirempuh pacuan empat roda
Pemandu itu telah menekan brek kenderaannya namun tidak dapat mengelak lalu merempuh mangsa.
Pejalan kaki lelaki parah tersepit, dilanggar BMW
Mangsa cedera parah setelah dipercayai dilanggar oleh kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita.
Polis KL terus laksana Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya
Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan terus dilaksanakan secara total enforcement bagi mengekalkan tahap pematuhan orang ramai terhadap peraturan jalan raya di ibu negara.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
Operasi feri baharu bantu atasi kesesakan Jambatan Pulau Pinang
Empat feri baharu Pulau Pinang yang dijangka memulakan operasi pada 7 Ogos ini telah membangkitkan keterujaan penduduk di negeri ini.
Pejalan kaki maut dirempuh kereta
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.
27 cedera jejantas runtuh di Finland
Media sosial Finland tular dengan foto kejadian yang menunjukkan beberapa individu terbaring di atas jalan.