awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat di California ragut tiga nyawa

Agensi
Agensi
25/12/2025
23:50 MYT
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
Pusat Ramalan Cuaca AS memberi amaran kemungkinan berlaku banyak insiden banjir kilat dan limpahan sungai. - Gambar Reuters
CALIFORNIA: Ribut hujan lebat yang melanda sebahagian besar California sejak Krismas menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa setakat malam Krismas, menurut pihak berkuasa tempatan.
Hujan yang dijangka berterusan sehingga Jumaat membawa taburan sehingga 27 sentimeter di beberapa kawasan Los Angeles County, memaksa pemindahan penduduk dan menutup laluan utama.
Pasukan kecemasan terpaksa melakukan beberapa operasi menyelamat, termasuk mangsa yang terperangkap dalam kenderaan akibat paras air meningkat.
Gabenor California, Gavin Newsom mengisytiharkan darurat pada Rabu di Los Angeles dan beberapa daerah selatan negeri itu.
Kira-kira 100,000 penduduk terputus bekalan elektrik setakat Khamis malam.
Pusat Ramalan Cuaca AS memberi amaran kemungkinan berlaku banyak insiden banjir kilat dan limpahan sungai.
Antara korban termasuk seorang lelaki berusia 64 tahun di San Diego yang maut ditimpa pokok tumbang pada Rabu, seorang lelaki 74 tahun yang dihanyutkan banjir ketika cuba diselamatkan di Redding hujung minggu lalu dan seorang wanita berusia 70-an yang dihanyutkan ombak besar di Taman Negeri MacKerricher, Mendocino County pada Isnin.
Amaran pemindahan dikeluarkan untuk penduduk di San Bernardino County, manakala amaran banjir kilat dikeluarkan di kawasan Teluk San Francisco pada Khamis pagi.
Kelajuan angin di kawasan itu mencecah 161 kilometer sejam di sebuah observatori berhampiran San Jose.
Di Altadena, berhampiran Los Angeles, penduduk berdepan tanah runtuh akibat banjir di kawasan yang terjejas kebakaran hutan awal tahun ini.
Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass turut mengisytiharkan darurat dan menggesa penduduk berhati-hati ketika musim perjalanan cuti.
“Saya merayu semua penduduk Los Angeles agar kekal selamat dan berhati-hati di jalan raya jika benar-benar perlu keluar. Jangan pandang ringan ribut ini,” katanya dalam kenyataan.
Ribut ini berpunca daripada fenomena ‘atmospheric rivers’ yang membawa kelembapan dari kawasan tropika ketika minggu perjalanan paling sibuk tahun ini.
Topic Berkaitan
#California
#hujan lebat
#tanah runtuh
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan