awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tiba-tiba bernafas di meja bedah siasat sebelum mati semula

AFP
AFP
14/10/2015
12:56 MYT
Lelaki tiba-tiba bernafas di meja bedah siasat sebelum mati semula
lelaki gelandangan itu akhirnya tidak dapat bertahan akibat komplikasi jangkitan yang dialaminya dan telah benar-benar disahkan meninggal dunia. - Gambar hiasan
Sekumpulan doktor dan petugas hospital mendapat kejutan yang ‘menyeramkan’ apabila jasad seorang lelaki yang hendak dibedah siasat, tiba-tiba kembali bernafas.
Pada Ahad lalu, lelaki gelandangan tersebut telah disangkakan mati sewaktu dihantar ke sebuah hospital di Mumbai.
Dikenali hanya dengan nama Prakash, dia ditemui polis dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mengalami pelbagai jangkitan kuman.
Insiden mengejutkan itu berlaku ketika proses autopsi baru hendak dimulakan.
Sejurus petugas perubatan sedar akan situasi itu, lelaki tersebut segera dikejarkan ke unit rawatan rapi.
Namun begitu, lelaki berkenaan tidak dapat bertahan akibat komplikasi jangkitan yang dialaminya dan akhirnya telah benar-benar disahkan meninggal dunia.
Pada masa sama, pihak polis dan doktor saling menuding jari kerana tidak mahu menanggung kesilapan diagnosis ketika kali pertama jasad lelaki itu dibawa ke hospital.
Seorang doktor kanan di Hospital Lokmanya Tilak yang enggan namanya didedahkan, memaklumkan bahawa punca kematian hanya dapat diketahui selepas proses bedah siasat.
Di Mumbai, pihak polis sering kali berdepan dengan kes mayat yang tidak dituntut manakala pihak media sering melaporkan mengenai rumah mayat yang sesak sehingga tiada tempat untuk meletakkan mayat.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#lelaki hidup semula
#mayat
#Mumbai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan