awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang data pekerjaan AS, keputusan berkaitan tarif
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leo XIV seru keamanan seluruh dunia pada hari ke-100 sebagai paus

Bernama
Bernama
15/08/2025
22:00 MYT
Leo XIV seru keamanan seluruh dunia pada hari ke-100 sebagai paus
Pope Leo XIV berucap pada upacara di Gereja St Thomas of Villanova di Castel Gandolfo, Itali, 15 Ogos 2025. (Foto AP)
ROM: Pada hari ke-100 sebagai paus, Leo XIV pada Jumaat menggesa supaya keamanan ditegakkan di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kita tidak boleh berputus asa dan membiarkan logik konflik serta keganasan bersenjata terus berleluasa," kata ketua Gereja Katolik itu selepas memimpin doa Angelus di Castel Gandolfo, kediaman musim panasnya berhampiran Rom.
Beliau berkata harapan tidak boleh ditinggalkan. "Tuhan lebih besar daripada dosa manusia," kata Leo.
Paus berusia 69 tahun itu mengimbas kembali pendahulunya semasa perang, Pius XII, yang menyatakan selepas Perang Dunia Kedua bahawa pertempuran dan peperangan tidak sepatutnya lagi meragut begitu banyak nyawa. "Betapa relevannya kata-kata ini pada masa kini!" kata Leo.
"Sehingga hari ini, malangnya kita berasa tidak berdaya berdepan penularan keganasan di dunia yang semakin tidak berperikemanusiaan dan tidak peka terhadap sebarang tanda kemanusiaan," katanya.
Robert Francis Prevost dipilih sebagai paus pertama dari Amerika Syarikat pada Mei lalu. Sejak memegang jawatan, beliau berulang kali menyeru keamanan di Gaza dan Ukraine.
Doa Angelus, yang bermaksud "malaikat" dalam bahasa Latin, adalah doa yang memperingati kisah pemberitahuan oleh Malaikat Jibril kepada Maryam bahawa beliau akan mengandungkan seorang anak, Yesus Kristus. Jumaat ini juga merupakan sambutan Hari Perayaan Pengangkatan Maryam, apabila penganut Katolik memperingati kepercayaan bahawa Maryam diangkat ke Syurga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Leo XIV
#paus
#keamanan
#hari ke-100
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan