KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina

Fadhlina berkata pendekatan itu membolehkan pelajar bermasalah daripada segi disiplin atau kesihatan mental mendapat sokongan sewajarnya. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pendekatan mewajibkan setiap murid yang berpindah sekolah melampirkan laporan kesihatan mental dan rekod disiplin membolehkan pelajar bermasalah mendapat sokongan sewajarnya.
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mewajibkan murid yang berpindah sekolah melampirkan laporan kesihatan mental dan rekod disiplin untuk bantu pelajar bermasalah terima sokongan yang sesuai.
- Langkah ini bertujuan membanteras gejala buli dan isu keselamatan murid di sekolah, dengan program sokongan disiplin bagi masalah disiplin dan program psikososial bagi masalah kesihatan mental.
- Ibu bapa perlu yakin dengan inisiatif ini, serta boleh memberi pandangan agar intervensi dapat dilakukan serta-merta, tanpa keraguan tentang keselamatan anak-anak di sekolah.
"Namun kerisauan ibu bapa dalam hal ini saya lihat munasabah, sekolah perlu memainkan peranan supaya penjaga yakin dengan inisiatif ini, kejelasan itu penting supaya tiada keraguan tentang keselamatan anak-anak.
"Ibu bapa boleh tampil dan berikan saranan kepada kita (KPM) supaya intervensi dapat dilakukan serta-merta, kalau ada yang kurang selesa kita boleh bincang di peringkat sekolah bagaimana kita hendak laksanakan program sokongan itu," jelas Fadhlina ketika ditemui pemberita, di sini, pada Jumaat.
Beliau mengulas demikian susulan timbul kerisauan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga mengenai isu kerahsiaan berkaitan maklumat peribadi anak-anak.
Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad mendedahkan pertukaran dari satu sekolah ke sekolah lain sering kali dibuat tanpa pemindahan maklumat penting murid.
Perkara itu menyebabkan sekolah baharu tidak mengetahui latar belakang murid terbabit sekali gus berpotensi mencetuskan insiden.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


