Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib

Ratib berkata inovasi merupakan kuasa penggerak utama dalam pembangunan Sabah. - Gambar fail/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Pemindahan teknologi dari luar negara khususnya dari China dilihat sebagai langkah strategik bagi memperkasakan pembangunan pendidikan, sains, teknologi dan inovasi di negeri Sabah.
Ringkasan AI
- Pemindahan teknologi dari China dipandang strategik untuk memperkasakan pendidikan, sains, teknologi, dan inovasi di Sabah.
- Menteri Sabah, Datuk James Ratib berharap Dewan Perniagaan Sabah-China (SCCC) terus berperanan aktif dalam membawa teknologi canggih dari China.
- Kerjasama antara SCCC dengan industri China diharapkan membuka peluang kerjasama teknologi, pelaburan, dan pembangunan kepakaran di Sabah.
Ratib berkata Pengerusi SCCC Datuk Frankie Liew mempunyai hubungan yang erat dengan syarikat-syarikat China dan hubungan itu amat penting dalam membuka peluang kerjasama teknologi, pelaburan serta pembangunan kepakaran di Sabah.
Beliau berkata kementeriannya menyambut baik segala bentuk kerjasama strategik yang berpotensi dilaksanakan khususnya melibatkan pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran tempatan serta penggunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) selaras dengan agenda pembangunan negeri.
Sementara itu, Timbalan Presiden SCCC Brett Chua dalam kenyataan bersama berkata China mempunyai beberapa teknologi berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berpotensi untuk dikongsikan.
Beliau berkata justeru, lawatan berkenaan sebagai titik permulaan yang penting ke arah merealisasikan kerjasama strategik dalam bidang TVET antara kedua-dua pihak.
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


