awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leonardo DiCaprio mungkin diharamkan ke Indonesia

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
03/04/2016
02:50 MYT
Leonardo DiCaprio mungkin diharamkan ke Indonesia
DiCaprio berkemungkinan diharamkan kembali ke Indonesia selepas mengeluarkan kenyataan yang dipercayai berbaur provokasi. - Sumber foto/Instagram/Leonard DiCaprio
Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio berkemungkinan diharamkan kembali ke Indonesia selepas mengeluarkan kenyataan yang dipercayai berbaur provokasi.
Pada minggu lalu, DiCaprio telah mengadakan satu lawatan ke Taman Negara Gunung Leuser di Sumatera utara untuk menyokong kempen melindungi ekosistem di kawasan itu.
Menerusi satu kenyataan Instgram, DiCaprio menyuarakan kebimbangannya terhadap habitat spesies yang terancam akibat penanaman ladang kelapa sawit di taman negara itu.
The lowland #rainforest of the Leuser Ecosystem are considered the world’s best remaining habitat for the critically endangered Sumatran #elephant. In these forests, ancient elephant migratory paths are still used by some of the last #wild herds of Sumatran elephants. But the expansion of Palm Oil plantations is fragmenting the #forest and cutting off key elephant migratory corridors, making it more difficult for elephant families to find adequate sources of food and water. The Leonardo DiCaprio Foundation is supporting local partners to establish a mega-fauna sanctuary in the Leuser Ecosystem, last place on Earth where Sumatran orangutans, tigers, rhinos and elephants coexist in the wild. Click the link in the bio to stand with @haka_sumatra as they fight to protect the Leuser Ecosystem. #SaveLeuserEcosystem #Indonesia
A photo posted by Leonardo DiCaprio (@leonardodicaprio) on
Mar 28, 2016 at 6:22pm PDT
DiCaprio yang dinobat Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Oscar 2016 itu turut berkata penanaman ladang kelapa sawit di negara itu menyebabkan kemusnahan hutan hujan dan mengancam hidupan liar.
Tambahnya, ladang kelapa sawit itu turut memusnahkan lokasi tersebut yang didakwa sebagai salah satu habitat yang terbaik di dunia yang masih tinggal untuk hidupan liar.
Susulan kenyataan tersebut, seorang jurucakap di Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, berkata pelakon itu menggunakan lawatannya untuk menjatuhkan industri minyak sawit dan kerajaan di Republik itu.
"Jika posting DiCaprio dalam media sosial boleh dikategorikan sebagai hasutan atau provokasi, kita boleh menyenaraihitamkan beliau daripada kembali ke Indonesia,” kata jurucakap itu seperti dipetik dari portal berita BBC.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Leonardo DiCaprio
#Sumatera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan