Sebuah bom tersembunyi dalam ambulans meletup dan meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa dan kira-kira 140 orang tercedera pada Sabtu di Afghanistan.

Letupan itu berlaku di tempat pemeriksaan polis berdekatan kawasan dengan kedutaan asing dan bangunan kerajaan, lapor Reuters.

Taliban mengaku bertanggungjawab atas letupan itu, seminggu selepas dakwaan serangan terhadap Hotel Intercontinental di Kabul yang mengakibatkan lebih 20 orang terbunuh.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahid Majroh berkata, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 140 tercedera selain turut memusnahkan jalan raya yang sesak dan sibuk.

“Ini adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata Dejan Panic selaku Penyelaras Kumpulan Bantuan Kecemasan di Afghanistan

Dalam satu kenyataan di Twitter, kumpulan tersebut menyatakan lebih daripada 70 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan, selain tujuh mayat.